Ada apa pada nombor SATU? Kalau dulu mak abah sibuk nak kita periksa dapat nombor SATU. Kalau berlumba semua berkejar nak nombor SATU. Sekarang kecoh kempen 'SATU'. Korang faham ke apa yang ‘SATU’ tu? SATU bangsa? SATU negara? SATU impian...? SATU harapan? SATU tujuan? SATU amende lagi yer ????
Tahun ni genap 52 rakyat Malaysia mengecap nikmat kemerdekaan. Namun, mengikut pemerhatian aku, tahun ini sambutan bulan kemerdekaan just moderate. Ye la itupun sempena menghormati kemuliaan bulan puasa (merdeka disambut dalam bulan puasa so x de la nak berarak bagai takut kang ramai plak yg berbuka hehe) dan berhati-hati dengan berkembang pesatnyer wabak (H1N1)...kene elakkan bersesak2 di tempat awam.
Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, di awal-awal bulan Ogos lagi sudah meriah dengan berkibarnya jalur gemilang di sana sini. Tahun ni memang tak banyak la nampak "si jalur gemilang dikibarkan" kat kedaipun tak banyak dijual pasal topeng H1N1 dah mendahului carta jualan laris macam goreng pisang panas hahaha. Pada aku walau semeriah atau semuram mana pun sambutan kemerdekaan, aku harap sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Syukur kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia, sebuah negara yang aman dan makmur. Semoga Malaysia terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang di mata dunia. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Syukur Ya ALLAH kerana mengizinkan kami rakyat Malaysia sekali lagi merasai hidup dalam kerukunan, keamanan dan paling penting kemerdekaan...amin....
p/s: Ade gaye bakal PM tak...hehehe
No comments:
Post a Comment