Saturday, September 19, 2009

Ucapan Raye Buat Tuan Hamba

Kepada sesiapa yang sempat singgah dan bace post hamba ni, thanks sebab sudi bace coretan dari orang yang tak pandai berkata-kata. Dikesempatan ini, hamba ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ATAS SEGALANYA. kalau ada terkasar bahasa dan kesilapan yang kita tak tahu atau sedar juga tak sedar…walau kita dalam online …hanya berkata-kata jadi saksi….tidak pernah bersua…atau bercerita live. Salam persaudaraan kita sesama islam….Sebelum hamba mengundur diri ade sedikit ole-ole untuk tuan hamba sumer…esp. untuk my followers dan penulis blog yang hamba follow samada di sini (arena blog) ataupun di alam realiti hopefully bukan di alam misteri.

" BILA HAMBA START BERBICARA DEPAN KOMPUTER..."

Ramadhan kembalimu setahun sekali, Rahsia milikmu dicari-cari, Lailatul Qadarmu dinanti-nanti, Kini kau semakin jauh pergi, Meninggalkan kesan di sanubari, Kepergianmu pasti ditangisi, Pun begitu aidilfitri pengubat hati, Apakah masih ada kesempatan lagi, Panjang umur tahun depan bertemu kembali, Bila ramadan datang lagi, letak kan jiwa dalam suci, Hasat dengki pemusnah duri, ingat selalu kasih yang suci.

Pejam celik pejam celik, raya dah dekat. Tetibe sayu rase macam bersalah sangat. Kadang-kadang tercakap direct tak ingat. Termoody dan teremosi tak bertempat. Termungkir janji yang telah dibuat. Ter'wish' birthday korang sumer lambat. Bila telefon kadang-kadang tak sempat nak angkat. Walaupun begitu aku bukanlah seorang yang jahat. Kadang-kadang aku pun rase diri tak la sempurna sangat. Pada sahabat-sahabat jauh dan dekat. Pada aku korang tetap hebat, korang kawan dunia akhirat.

Terlebih bisa tutur bicara. Terumpat, termengata, terambil tak sengaja. Disimpan jangan ampun diminta. Syawal dinanti kan kunjung tiba. Aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA. Jangan malu dan segan jemputlah datang ke rumah. Walaupun raye nanti banyak undangan rumah terbuka. Aku tetap menanti korang semua. Kepada member2 lama andalah yang paling utama. Rindu kat korang tidak terhingga. Dari dulu, kini dan selamanya. Namun begitu, member2 baru tak juga dilupa. Korang pun same juga, kehadiran korang bagaikan sinar bahagia. Harap korang have a wonderful raya. Dengan family, kawan dan saudara. Begitu juga girlfrend2 dan boyfrend2 tak dilupa jua. Hope cuti raye yang lama digunakan dengan sebaiknya. Tapi jangan la korang lupa. Lepas tue kena masuk kerja semula.

Raya dulu dan sekarang dah tak sama lagi. Kalau dulu akulah yang paling happy. Dapat duit raya 1 famili yang bagi. Sekarang memang dah tak dapat lagi. Itu menandakan aku bukan budak kecik lagi. Tapi ade juga yang baik hati. Bagi duit raye, aku amiklah dah rezeki. Bila orang lain pandang aku yang malu sendiri. Pada diorang dah besar pun nak duit raye lagi. Ape nak buat manusia ade je yang dengki (cakap dlm hati haha). Kali ini turn aku plak yang beri. Anak buah dan anak jiran tetangga dah beratur pagi-pagi. Tangan dihulur, maaf dipohon agar dimaafi. Harap tahun depan korang tak buat lagi. Sekali lagi salam aidilfitri. Daripada aku Nazlizawati satu famili.

Coretan ini aku buat saja2 je. Tiada kene mengene dengan yang telah tiada. Sekadar mengisi mase lapang nak tunggu berbuka. Hari ini last day kita menghadap juadah puasa. Esok lusa menjamu ketupat pula. Esok umat islam satu dunia dah start raya. Harap korang d
apat beraya, tapi jangan sampai tak ingat dunia. Sampai sini dulu aku berbicara. Nampaknyer terpakse out blog ini sementara.

Ikhlas dari hamba yang jelita….:P
~ 6.00 pm sabtu 19.09.09 (cantiknye angka) ~

Saturday, September 5, 2009

2nd Half Piala Taqwa (",)

Pembaca Blog Gua:
Kita sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan. Separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu. Jika kita umpamakan Ramadhan ini seperti perlawanan bola sepak, separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan, berkhayal mencari strategi dalam bayangan atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan. Semua orang sudah mesti tahu apa peranan masing-masing dan sudah tiba masanya untuk bertindak dan menyerang.

Apakah jaringan kita setakat separuh masa kedua ini?

Andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena. Maksiat kita tinggalkan, tapi kebaikan tidak kita lakukan. Tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata "rakan syaitan jin dan manusia" tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Tuhan. Jangan lupa, buat sesuatu kerana selain Allah itu riak', meninggalkan sesuatu kerana selain Allah juga adalah riak.

Andaikata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah. Namun kita belum selamat. Pasukan Nafsu masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan, mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan. Tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu. Biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat, bukan sentiasa di atas urat.



Tambah-tambah dekat nak Raya, penyokong pasukan nafsu semakin bersesak-sesak masuk ke gelanggang. Pekiknya makin menggerunkan. Jangan pula kalian lemah semangat kerananya. Kita pasukan Tuan rumah, harus menang sekurang-kurangnya di gelanggang sendiri.

Namun, kalau sudah masuk pusingan kedua, masih lemah ditinggalkan masa, nescaya kamu di ambang kekalahan. Piala Taqwa itu bakal jatuh ke tangan orang lain, iaitu ke tangan Pasukan Nafsu yang memang diketahui tidak kenal dan kenang nilai Piala Taqwa. Ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita, ia hanya mahu melihat Piala Taqwa itu tidak berada di tangan kita.

Apakah musim depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang? Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan, bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada di tangan kita hanyalah sekarang. Masa lalu telah berlalu, masa hadapan tak pasti kesampaian. Dan masa sekarang yang ada di tangan kita, hanya tinggal separuh masa kedua… apakah masih ada ruang untuk berlengah?

"Jibril datang kepadaku dan berkata, `Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! " (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)














p/s : bukan piala ini yg dicari (we luv chelsea...iklan jap hehe). Renungkan-renungkan dan selamat beramal.

Wednesday, September 2, 2009

Saya Budak Baru Belajar (^_^)


Fuh...1st time aku menceburkan diri dalam arena bolasepak ops salah arena blog utk bacaan rakan2 serta orang awam (esp.follower2 aku). So segala kritikan akan di terima dengan hati yg terbuka. Blog ini telah diilhamkan sendiri tajuknye oleh yang empunye blog(huhu tak tido malam nk create blog ni) hahahahaha.. Thanks for the name. Sesuai tak.... hehehehe.


Sebelum ni aku tak pernah nak tertarik pun dengan mende2 camni. Tak minat pon sebenarnye. Ni sume gara2 angkara abg miji opss salah adik miji aka sifu aku sebenarnye. Pengaruh die kuat seh sampai aku pon tergerak hati nak wat blog gaks (kalau buat baik tak pernah pon nak tergerak hati hahaha). Bile bace blog die macam best plak. So dari situ timbul la idea nak wat blog sendiri tapi sifu aku sorg ni busy nak mampus nak minta ajar sket punyer susah hahaha. So atas inisiatif sendiri aku pon try2 la godek2 blog die n akhirnyer adik kesayangan aku pon tunjukkla 1st step nak wat blog ni. Perrgghh time tue aku suke sangat pasal experiment aku menjadi hahaha. Pastu aku belajar la sendiri. Kalau korang perasan entry yang aku post tue pon makan mase gak nak edit2, nak add picture btol2 menguji iman la(aku ni separa buta bab IT ni takla cume rabun IT jer). So bile aku berjaya post aku punyer entry yang 1st tue bukan main happy lagi. Sekarang pon aku aktif ngan FB jer, tapi myspace n friendster dah malas nk aktif cam dulu. Huh rase dah lapuk la. Aku rase blog nie memerlukan komitment yang tinggi n jitu yela kalau rajin nk gak post entry yg best2 tuk korang bace kan. Tp tula saya budak baru belajar. Kadang2 nak wat 1entry tu lame gak nak mengayat haha aku ni jenis tak reti nak mengayat. So bile ade idea tue berlambak2 la aku tulis.


TARGET AKU??

Aku punyer target skrg just nak mencantikkan blog aku lagi. Walaupun tak seadvance sifu aku, tapi sket2 cam die pon ok la. Jeles plak aku tgk blog2 org yg cantik2 n macam adela kt situ. Sekarang ni aku tengah belajar lagi, nak fahamkan term2 yang aku tak pernah dengar dlm dunia blog nie. Huhuhu tula its takes time u know. Whatever i'm still in learning.

Ape pun silalah lawati laman blog aku ni yang tak tau menjadi ke tak hehehe. Try la nak wat sesuatu pasal blog ni pon dah mcm diari aku kan. So kite leh sharing something yng interesting. Tapi aku dah decide nak jadikan laman blog aku ni untuk aku kongsikan ngan korang pasal minat n kehidupan kita seharian. Adios.....TQ
P/s: Tengah cari followers...sape nak follow...I Follow...

Ulaq Besaq...

Big Phyton Found at Curtin's area, Senadin during the bush fire in Miri.
Gamba ular yang besar giler ni aku dapat dari seorang kwan yang mem4wardkan ke email aku...So korang tengok la. Akupon tak pernah tengok @ jumper ular sesebesar ini. Subnahanallah (",).

Harga Minyak Naik Lagi...


Kuala Lumpur, 1 Sept – Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.00/liter, manakala RON95 pula akan naik kepada RM1.80/liter, bermula hari ini.

Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat pada lewat petang semalam.
Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak berhari hari lamanya.

Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,”Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna”.

Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya didedahkan berkata, “Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya merayakan hari raya tahun ini dengan serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas.”

Samion bin Songkreng, 43, yang bekerja sebagai pencuci tandas berkata, “Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup perihatin.”

Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En. Harun bin Jamian, 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, “Tak payah interview saya …. Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer. Tapi bang, Minyak naik tak apa asal jangan kena selsema babi.”

Wartawan kami sempat menemubual seorang kakitangan asing, warga Bangladesh, berkata,”Bahasa Malaysia, shaya tak tau shakap. Bos shakap ‘Merah’, ‘Hizau’ minyak lama, ‘kuning’ minyak baru. Abang berapa mahu isi?. Abang beli bendera RM1.00 satu. Terima kasheh.”
p/s: Hadiah Kemerdekaan Kite Yg ke-52 :D

Monday, August 31, 2009

Zen Aquarium Fish Tank

SATU MALAYSIA.....

Ada apa pada nombor SATU? Kalau dulu mak abah sibuk nak kita periksa dapat nombor SATU. Kalau berlumba semua berkejar nak nombor SATU. Sekarang kecoh kempen 'SATU'. Korang faham ke apa yang ‘SATU’ tu? SATU bangsa? SATU negara? SATU impian...? SATU harapan? SATU tujuan? SATU amende lagi yer ????

Tahun ni genap 52 rakyat Malaysia mengecap nikmat kemerdekaan. Namun, mengikut pemerhatian aku, tahun ini sambutan bulan kemerdekaan just moderate. Ye la itupun sempena menghormati kemuliaan bulan puasa (merdeka disambut dalam bulan puasa so x de la nak berarak bagai takut kang ramai plak yg berbuka hehe) dan berhati-hati dengan berkembang pesatnyer wabak (H1N1)...kene elakkan bersesak2 di tempat awam.


Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, di awal-awal bulan Ogos lagi sudah meriah dengan berkibarnya jalur gemilang di sana sini. Tahun ni memang tak banyak la nampak "si jalur gemilang dikibarkan" kat kedaipun tak banyak dijual pasal topeng H1N1 dah mendahului carta jualan laris macam goreng pisang panas hahaha. Pada aku walau semeriah atau semuram mana pun sambutan kemerdekaan, aku harap sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Syukur kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia, sebuah negara yang aman dan makmur. Semoga Malaysia terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang di mata dunia. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Syukur Ya ALLAH kerana mengizinkan kami rakyat Malaysia sekali lagi merasai hidup dalam kerukunan, keamanan dan paling penting kemerdekaan...amin....




p/s: Ade gaye bakal PM tak...hehehe

Sunday, August 23, 2009

SaLaM RaMADHaN SeMuA




Ramadhan datang lagi…. Pejam celik pejam celik, hari nie dah masuk hari ke2 kite berpuasaCepat betol yer…Cmner puasa korang kali nie....hopefully ok....





Ape yang korang cari bile bulan puasa nie:
  • Ade yang menjadikan bulan Ramadhan bulan menjamu selera…almaklum bazaar ramadhan (skrg diorg dok panggil BARAM) yang semakin superb..bukan setakat bazaar yang semakin meluas..bahkan hidangan juga melimpah ruah (nie yang aku tak suka pergi bazaar…duit abis hehe)….apepun bazaar ni rezeki tuk para peniaga tp jgn la sampai ambil kesempatan pula…nanti tak berkat, Allah murka.
  • Ade juga yang mengambil kesempatan untuk menguruskan badan (hehe cam aku je..tp x de mknenyer buka puase je melantak tak ingat hehe)…dengan harapan supaya time raya nanti boleh bergaya sambil berkunjung rumah sedara.
  • Anak2 sekolah berlumba2 jadikan bulan puasa ini untuk khatam Al-Quran dan berpuasa sebulan (mane taknyer sudah dijanjikan wang ringgit bagai jika puasa tak tinggal)…bagus jugak menggalakkan diorang puasa…tp jangan niat tue terserong plak yer adik2…berpuasa sebab nak duit raye...
  • Ibu2 dan makcik2 yang terror plak time inilah nak wat income lebey kan….awal2 dh promote biskut raya…x kurang hebatnyer juga yang menerima tempahan baju raya (Sampai baju aku pn dh tak de tailor nak amik jahit pasal dah melampau2 demand..so, diorang close tuk tempahan, nmpknye kene beli baju siap la)…Macam kt ofis aku pun dh edarkan kuih2 untuk ditester (ni bkn setakat tester tapi abis sume kueh sample ktorg makan haha) . Padahal mase tue puasa pun belum lagi, entah2 puasa diorang tahun nie pun x cukup (perempuan dpt excuse…dimaafkan hehe)…ade hati nk celebrate raya plak. Yang aku pelik taukeh2 biskut raya plak yang dok sibuk2 promote produk mereka. Pastu conformlah makhluk2 dok membeli kuih2 tue…almaklumlah nampak sedap sumer depan mata.
  • Ada gak manusia2 tegar yang tak pernah amik tahu pasal bulan mulia nie. Kaki2 disko, kaki2 judi mane nak kisah pon. Lantak pi la. Tapi ade gak yang konon2nyer nak menghormati bulan puasa (ceh berubah tuk bulan ni jer abis puasa same gak). Semoga Tuhan membuka hati mereka untuk berubah…Amin…
  • Bagi yg merokok pulak, time ini la nak stop atau nak save duit beli rokok (betol ker sebab aku tak merokok so aku teke jer)....tapi rata-ratanye same jer.... Bila dah buka puasa bende alah tue yang diorg kejarkan dulu, ntah ape yang best pon aku tak tau. Makan ketepi dulu…begitula penangan tahan tak merokok 1 hari tue. Kalau dah namanya perokok tegar, memang lah tak boleh pisahkan dari bende tue…ape nak buat…
  • Camne plak kalau kita tahu yang Ramadhan kali ini adalah yang terakhir untuk kita? Mesti tiap malam pergi terawih, bertasbih, berselawat, menangis meminta keampuann dariNya, beramal jariah, berbuat baik dengan orang, kalau dengar azan pun terus je pergi sembahyang (alangkah bertuah kalau diberi petunjuk begitu mesti orang tu sangat bertuahsekali, yela bukan senang nak diberi peluang sebegitu). Tapi orang kita ni liat sikit, ade yang liat banyak, susah nak berubah kan? (Kalau dah terkena batang hidung sendiri baru nak menyesal bagai). Sebab kita tak tahu bila kita akan pergi untuk selamanya. Ape yang boleh kita buat hanyalah banyakkan berdoa, berusaha, dan bersedia.

Aku harap semoga Ramadhan kali ini memberikan aku seribu erti yang tak ternilai harganya. Aku manusia biasa yang mencari pedoman dan bekalan untuk hari mendatang (bukan bekal untuk makan la). Aku akui aku manusia biasa yang selalu tewas dengan godaan2 duniawi. Sama-samalah kita mengingatkan sesama sendiri agar tidak terpesong dan terus dengan mimpi dan aku mendoakan untuk anda semua...Amin…..




p/s: semoga tahun ini dapat la kita menjinakkan nafsu....yang selama ini 11 bulan menjadi raja

Thursday, August 13, 2009

hepy blogging.....blog aku neyy

welcome 2 my blog......aku bru jek create diz blog...saje2 jek...mengisi mse lapang...so x tau nk tulis ape lg....sgt mengalu2kan komen2 dr korang....

aku tak pandai nak menulis laa.. but still aku boleh la bercerite sikit lebih kurang.. dan boleh la rasanya aku share sikit2 citer yg aku rasa menarik kat sini. aku rasa mcm nk letak apa2 je citer yg terlintas kat kepala hotak ni.. citer yg mcm gud2 ke.. or poyo and poyos ke.. or yg mcm real je tapi tak la se power mane pun.. pastu aku tambah la sikit citer2 yg stim.. bukan citer 18sx tu ok.. errr maybe ada kot.. sikit2 tak apa la kot.. but stim in other words citer yg syok2.. pastu maybe aku nak citer lebih sikit pasal keje aku...life aku...chelsea aku....so, jadi la mcm rojak.. hihihi.. janji rock.. :P



kat blog ni gak aku cume  nak share idea or opinion (kalau ada la).. pastu nak share sikit lebih kurang aku punya experience kat sesiapa yg sudi..aku bukan cuba nak influence sesapa.. just nak tulis what and how i feel or think about everything. if korang suka baca blog yg tak seberapa ni, korang datang la melawat selalu.. but if korang tak suka, aku pun tak leh buat apa2.. aku pun tak kisah. bukannya aku yg paksa lu datang sini. suka hati lu laaa.. lu dah besar..!!! and one more thing, this is my blog.. suka wa la nak buat apa pun.. hahaha.. roger & out.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails